BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, July 12, 2010

Tak Pasti~~~

Today ada seseorang menyatakan sesuatu pada aku. Sesuatu yang memang dah lama aku tunggu dan nantikan. Tapi bila saat itu dah tiba, aku pula rasa semacam. Satu perasaan yang aku sendiri tak dapat nak luah atau jelaskan. Hati aku ada terasa sesuatu tapi apa perasaan tu? Aku pun tak tahu. Yang pasti perasaan ini buat aku rasa tak selesa. Macam ada yang tak kena tapi aku tak tahu apa perkara yang tak kena tu.


Aku sebenarnya tak sedih. Tak juga gembira. Hati aku serba salah. Aku tak tahu apa perasaan aku ketika ini. Aku cuba cari penyelesaian tapi hati aku seakan hilang pergi tah kemana. Seharusnya aku gembira tapi aku seperti mahu saja menangis. Tapi tak ada air mata yang jatuh bermaksud bahawa aku bukannya sedih. Tapi itu la perasaan aku.. yang aku sendiri tak tahu apa yang aku rasa.

Apa dah jadi pada aku? Inilah persoalan yang timbul. Ni ke yang orang panggil CINTA??? Kalau ini namanya cinta, aku rela tak bercinta.. bukan sakit yang aku rasa. Tapi kekeliruan yang melanda. Aku seakan hilang arah dan punca.. Apa lagi yang harus aku buat? Nak ucap apa? Sayang ke? Cinta ke? Rindu ke? Atau selamat tinggal?????? Atau lebih mudah… buat je tak tahu.. macam apa yang selalu aku buah selama ni??
Tapi aku rasa apa yang aku alami sekarang adalah natijah selalu buat tak tahu.. last2 aku jadi macam ni. Aku sekarang punya perasaan yang aku sendiri pun tak tahu rasanya… sedih ke? Gembira ke? Tah…aku tak tahu..

0 comments: