BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, August 31, 2010

Cuti ini..... ^.^

Hari ni aku dah mula masuk kerja balik. Terasa kejap sangat masa berlalu. 5hari tu mmg tak lama untuk org yg mengharapkan cuti seperti aku. Tak puas lagi rasanya pulang ke rumah. Tolong mak buat kuih. 5 hari di rumah, mmg penat. Tak cukup tido. Tolong mak buat kuih..

Bila masuk kerja hari ni, rasa boring pulak. Asik piker, if dgn mak now mesti wat kuih lagi. Hehehehe.. feeling nak raya tu dah membuak2. Nak shopping, nak mkn best2. Wah, berangan. Mcm r puasa penuh.. wakakaka..
Today rabu dah pon. Esok khamis then jumaat plak. Kejap je. Cuti 2hari,g shopping pastu next week keja until rabu then????? ~~~~~cuti lagi. Dah lupa plak bape byk cuti aku dah bantai. Suke suki je aku ni. Mcm opis bapak ku plak aku wat. Well, ni la student “holiday lover”.. wink3… ^^
Si dia ajak keluar shopping nanti. Hopefully sempat la nak bershopping. Yela, mana nak shopping, nak buka posa, nak kemas2, keja lg. Mmg letih betul. Aku jenis yg ssh tido. Tp sejak praktikal A.K.A keje ni, pntang je dapat bantal… (esok pagi la baru bangun). Rasanya if gunung berapi meletup pon aku tak sedar. Wah3, mcm ni ke kehidupan org keje? Ohh, tidak!!! Aku bukan tak pernah keje. Lepas habis PMR aku dah mula keje, pendek kata setiap ujung tahun mmg keje. Tapi apa aku tau cuma keje, balik mkn and then tros tido. No commitments at all. Tu pon dah cukop buat aku terlentok hari2. But now, bukan setakat terlentok, tgh mkn pon boleh menguap. Mcm mana tu????
Pejam celik, dah nak raya pon. Tapi preparation mcm belum siap je. Adui, cian mak wat keje sorang. Emmm… ikut hati ni nak je amek cuti awal n byk2. Tp tak boleh, takut kang effect practical result plak. Takmo la ulang practical. Bukan best pon. Boring sgt. Boleh mati boring lama2 kat sini. Static je. X gerak2 pon. Mmg la boring tahap dewa dewi. Kan3 :P
Asik ckp pasal raya je, tak piker pon bpe byk hari nk bis practical ni. Emmm… jap nak kira.. wooooowoooowooooo… about 60days left~~~~~ lambat lagi (T_T) waaaaaaaaa…
Until now aku still x paham asal cos lain jap je practical, asal BMM ni too special plak. Punya la lama practikalnya. If ade keje x pe. Ni tak, jap ada keje selambak. Then x de lnsung plak. Mana tak terkejut otak ni? Sib bek tak JEM. Oh tidak3!!!!! Motif practical dah sah2 dah tercatat dalam modul tu. Tapi macam tak tercapai je. Mana taknya, ckp kt dlm tu nk bg student experience real working environments. But if setakat bg tgk je mmg la x tercapai matlamat. At lease bg la keje. Baru boleh rasa, if tgk je mana ada rasa.
Cuti yg baru lepas ni, mmg mkn mcm2. Yela, anak blk.. Mak mesti nak mask best2. So, sebagai anak yg baik.. aku pon mkn byk2. Sampai mak ckp dah2 la mkn tu, kang gemok. Woooooo… if mak aku yg salu suh aku mkn byk, tetibe suh benti mkn mean mmg aku mkn byk n melampau la tu.. hohohoh… mkn byk tak pe tp jgn bg mak “si dia” tahu. Terkujut dia kang. Wakaka..
Di bagunan ni asik berkumandang lagu raya je. Ni yg buat rasa mcm nk cuti lagi ni. Ingat lagi time kt kolej dulu, masa2 hampir nak raya mcm ni la aku paling tak suka dgr lagu raya. Rasa mcm nak nagis je. Sedih tul. Mmg terasa bahang raya tu. Kalau terdengar lagu raya, mula la kepala piker mak. Time tu air mata keluar tak boleh nak ditahan2 dah la. Emm….pengalaman. nasib baik la dapat pakwe pon area utara juga. So, tak payah gaduh2 dah kawen nanti kes nak raya mana kan? Selamat… huhuhu.. lucky me I guess.
preparation this year pon mcm tahun2 lepas juga la… mak yg buat, dah aku ni balik lewat sgt. cian mak. keje aku nanti mmg dah sah2 keluarkan pinggan mangkuk, gelas, jug dll. time kemas kang aku la juga.
wellll… anak mak…. ~~~~~~ <3<3<3 “ love u mom”

Wednesday, August 25, 2010

Tak Sabar Nak Balik...

Bosan la. Kenapa lambat sangat nak tunggu kul5 ni? Tak larat, nak balik rumah. Disebabkan today hari last kerja buat bulan ini so, rasa bosan menunggu. Tak sabar nak balik rumah dah. Jumpa mak, terpenting tu. Tak sabar nak tau apa mak masak petang nanti. Emmm, bestnye…
Tapi memang terasa betul hari ni berlalu dengan amat lambat. Takkanlah jam rosak kot mustahil. Jangan le gitu. Huhuhuhuh….
Baru je, mereka agihkan bubur lambuk. Aku pon dapat. 2bekas lagi. Tapi kenapa letak banyak daun? Bubur tak letak daun tak boleh ke? Serius, bubur kedah dan penang mmg tak sama. Lain btl. Sikit pon tak sama. Patotnyer dapat 1 je bekas, tapi 1 aunty ni dah kasi bubur dia pada aku. Dalam banyak2 dia la yg paling baik dengan aku. Bangsa cina plak tu. Mybe mmg aku berjodoh dgn orang cina kot? Mmg aku mengaku yg aku lebih muadah menerima kehadiran bangsa cina, melayu siam.. compre to malay and india dan bangsa2 lainyer. And its come with no reason.
Hari ni mmg terasa lambatnya untuk aku yang sedang menghitung waktu untuk pulang. Mmg seksa la mcm ni.
Petang ni, sebelum balik.. mak bf ckp nak buatkan nasi minyak. Waaaaa….special tu. Dia minta bw balik untuk mak. Emm,tak boleh cite tak mak… kang mak tak masak plak. Hehehehe.. apa punya anak, jahat betul. Buli mak sendiri. Tapi, if anak sendiri tak buli mak, sape g nak buli kan. Bukannya buli jahat pon kna? Buli2 manje. :)
Aku bertuah sgt, walaupon aku ada di tempat org. ada je rezeki yg dtg. Mak bf salu masak untuk aku mkn. Kira ok la, jimat duit juga dan yg paling penting tak diragui bersihnya coz sometime aku pon tolong masak juga. Byk beza antara masakan mak dgn mak bf. But lucky me, perot aku ni kuat.. hahahaha… tahan makan apa pun. Cuma penangannyer akan dpt esok hari la. Hahahaha… tp mmg best la jadi aku. Mcm2 benda aku boleh telan. Best!!!!
Petang ni aku berbuka kat rumah. Mmg tak sabar rasanya. Emmmm…dah terbau2 plak masakan mak.

Tak sabarnya…… mak!!!!!! Tunggu org balik!!!!! ~~~~~<3

Thursday, August 19, 2010


Selamat pagi semua. Apa yang aku harapkan pagi ini adalah semuanya berjalan dengan lancar. Tak mahu ada hati yang sayu atau tidak selesa seperti semalam….

Ceritera semalam..

Semalam dengan penat aku sampai kerumah. Terus sediakan bahan nak masak sambal buat family sayang. Dah siap masak, aku pun cari la pinggan. Tak pakai pinggan owner ok. Cari pinggan sendiri. Tapi tak jumpa. Sampai hairan… mana perginya pinggan aku? Disebabkan aku ni jenis selagi tak dapat apa yang aku nak, aku takkan berhenti… makanya aku terus cari. Cari punya cari.. at last…..
Aku jumpa pinggan aku terselit celah-celah rak pinggan. Bukan rak pinggan aku tapi rak pinggan owner. Pinggan tu dah belubang… dah rentung… TERBAKAR.. seperti terbakarnya hati aku saat itu. Pinggan tu kan melamine je. Kan nampak macam plastik. Kenapa guna pinggan tu untuk membakar? Logic la sikit. Tolong la. Dah la bila pakai pinggan dia, brg dia, dia marah. So macam mana aku nak makan nanti? Nak pakai apa?
Disebabkan hati aku yang sangat-sangatlah sakit, aku terus naik atas dapatkan Tupperware then terus bawa diri menuju rumah sayang. Nasib baik la family dia sebelah rumah je. Sumpah aku tak mau lagi berbuka dgan owner@ nenek yang membakar pinggan aku yang tak bersalah tu. Pinggan tu aku beli semasa belajar di kolej dulu. Itu saja kenangan yang ada. Sampai hati dia bakar pinggan aku. Hari tu senduk aku dia bakar… apalah nasib aku? Sedih betul…
Aku bukan nak berkira dengan orang tua. Tapi dari tindakan yang dia buat, sorokkan pinggan tu… Nampak sangat dia tak mahu bagitau aku tentang perkara tu. Itu yang membuatkan aku terasa hati sangat. Kenapa dia tak terus terang saja? Bagitau yang betul. Aku boleh consider kan? Aku boleh try nak faham yang mungkin dia terlalu kaya sehinggakan tak pernah jumpa pinggan melamine. Mungkin dia ingat itu pinggan kaca walaupun pada zahirnya budak kecik pun tau itu cuma pinggan melamine@plastik.
Bila balik kerja tiap-tiap hari dia jerit NISA!!!!!!!!!! Panggil tak henti-henti macam aku ni pekak. Aku dah sahut tapi dia panggil lagi. Aku nak solat pun tak senang. Dah la dah lewat. Huh, serabut alam tul la.. kena la pi mengadap ke balai rung seri tempat dia beradu. Kena tunjuk muka la, baru dia berhenti panggil-panggil. Ok, let see.. masa tu kenapa dia tak mahu bagitau aku apa dah jadi pada pinggan aku? Tak ada nampak sikit pun di riaknya macam nak bagtau. Sikit pun tidak.
Setibanya aku di bawah, masak.. dah siap nak letak dalam pinggan… bila aku dah tahu…apa dah jadi..
logic tak aku marah???? Logic tak????

Bila di ingat yang aku ni berada di dalam bulan mulia, aku diamkan saja apa yang dia buat. Sikit pun aku tak tanya dia. Cuma bila dia tahan aku, tak bagi aku buka puasa kat luar… aku nak buat pekak saja. Bukan balas dendam tapi aku risau aku akan terungkit perihal SI PINGGAN…:(

Esok aku perlu bangun awal, untuk basuh baju… iron baju… Masa owner tido adalah masa yang paling sesuai untuk aku mulakan kerja-kerja mencuci. Tak boleh buat masa dia sedar. Banyak pantang larangnya. Aku tak mau dengar pantang larang tu semua coz pantang larang tu bukanlah pantang larang orang tua-tua dahulu tapi hanya pantang larang tak logic yang baru dicipta oleh dia saat dia tengok apa aku buat. Memang serabut bila dengar. Setelah dia bangun, aku akan menjelajah ke rumah sayang. Main laptop lagi bagus. Nak main laptop kat bilik tak boleh, nanti owner bising. Katanya siang-siang orang tak tengok TV. Sorry???? This is not TV ok? Plz la!!
So dari aku kena bebel dari pagi hingga petang, lebih baiklah aku pergi ke umah sayang. Selamat… tak ada siapa pun nak membebel. Huh, lega~~~~<3 tenang buat seketika.
Hairan bertambah pelik~~~
Kenapa dia try kongkong hidup aku? Apa yang dia nak sebenarnya? Tak bagi aku berbuka dan family boyfriend, tak kasi keluar dengan boyfriend.. ok2, aku boleh try faham maybe tak bagus selalu pergi sana. Tapi apakah motif tak bagi aku balik rumah parent aku sendiri.. kenapa? Mengapa? Pasal apa? Awat?..... bagitau sebab boleh tak?
Aku mengadu pada mak. Mak cakap, dia cemburukan aku. Aku ada keluarga, ada pula keluarga lain untuk aku tumpang kasih sayang coz family jauh. Jadi dia cemburukan aku. Ye ke mak???? Macam tak percaya je. Mak cakap dia nak aku jadi milik dia saja. Kalau boleh nak aku teman dia sepanjang waktu.. adakah itu mungkin????? Ohhhhhhh……..tidak mungkin la.. saya bukan cucu anda, saya hanya menyewa bilik sahaja. Saya tak mahu ada hubungan jiwa dengan anda. Saya tak mahu belajar menyayangi anda. Maafkan saya.. saya tak boleh..
Aku juga ada seorang nenek yang jauh lagi tu dari dia, nenek aku mungkin tak dapat lagi hidup lama. Aku akan sedih jika kehilangan dia. Maka, aku atak mahu ada nenek lain yang gantikan tempat nenek aku. Aku tak mahu sedih kali-2 jika dia dah tiada. Pertalian jiwa hanya milik keluarga dan mereka yang bakal jadi keluarga saja. Full stop~~~tanpa talian hayat.

Friday, August 6, 2010

Susah hati~~~

Macam2 perkara yg boleh buat s’sorg jadi susah hati. Ada susah sbb susah tu dicari, ada juga yg susah dtg sendiri. Tp boleh je tahan coz susah sbb diri sendiri KAN???? Nak salahkan siapa? Nak tak nak kena juga harungi. RITE??
Tp susah yg selalu kita rasa susah bila susah tu dtg dari org s’keliling. Huh! Tension tu.. Nak2 org tu tak de kena mengena antara hidup dengan mati pun dgn kita. So, apa hak dia bg kita susah?(tula yg salu aku piker but until now NO answer!!)
Tapi percaya atau tak mmg tu la yg salu jadi pada kita. Dapat susah dimana kesusahan tu milik org lain tp kita plak yg terpalit sama gara2 kita dekat dengan dia. Seksanya tak akan ada siapa pun faham. Simpan saja dalam hati.

Then, MAKAN HATI!!!!!! Sedap ooooooo……. (ish!!!)

Tu semua mmg salu jadi pada aku n still go on until now oooo.. Hebat tul aku ni. Mmg hebat, bagus, meriah, cool n hot selalu coz dugaan yg diberi buat aku hebat2 belaka. Betul kata orang bahawa Tuhan akan menguji hambanya bersesuaian kemampuan hambanya itu. Myb, aku ni hebat sgt kot that y la dapat pelbagai
“COBAAANNN”
.. so aku terima la coz aku ni HEBAT!
Tp bila aku ckp aku sbr… agak2 la.. Jangan la melampau! HELLO? Aku dilahirkan bersama hati dan perasaan ok? Got feeling weh!. Agak2 r nak sakitkan hati ni. Bukan apa, risau juga takut2 meletup then xdpt nk diselamatkan. Habis semua kena hanyun kang… so plz lo.. bear in mind… aku ni org… bukan robot bernyawa…
Tolong la faham dear
“WHATEVER”!!!