BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, August 19, 2010


Selamat pagi semua. Apa yang aku harapkan pagi ini adalah semuanya berjalan dengan lancar. Tak mahu ada hati yang sayu atau tidak selesa seperti semalam….

Ceritera semalam..

Semalam dengan penat aku sampai kerumah. Terus sediakan bahan nak masak sambal buat family sayang. Dah siap masak, aku pun cari la pinggan. Tak pakai pinggan owner ok. Cari pinggan sendiri. Tapi tak jumpa. Sampai hairan… mana perginya pinggan aku? Disebabkan aku ni jenis selagi tak dapat apa yang aku nak, aku takkan berhenti… makanya aku terus cari. Cari punya cari.. at last…..
Aku jumpa pinggan aku terselit celah-celah rak pinggan. Bukan rak pinggan aku tapi rak pinggan owner. Pinggan tu dah belubang… dah rentung… TERBAKAR.. seperti terbakarnya hati aku saat itu. Pinggan tu kan melamine je. Kan nampak macam plastik. Kenapa guna pinggan tu untuk membakar? Logic la sikit. Tolong la. Dah la bila pakai pinggan dia, brg dia, dia marah. So macam mana aku nak makan nanti? Nak pakai apa?
Disebabkan hati aku yang sangat-sangatlah sakit, aku terus naik atas dapatkan Tupperware then terus bawa diri menuju rumah sayang. Nasib baik la family dia sebelah rumah je. Sumpah aku tak mau lagi berbuka dgan owner@ nenek yang membakar pinggan aku yang tak bersalah tu. Pinggan tu aku beli semasa belajar di kolej dulu. Itu saja kenangan yang ada. Sampai hati dia bakar pinggan aku. Hari tu senduk aku dia bakar… apalah nasib aku? Sedih betul…
Aku bukan nak berkira dengan orang tua. Tapi dari tindakan yang dia buat, sorokkan pinggan tu… Nampak sangat dia tak mahu bagitau aku tentang perkara tu. Itu yang membuatkan aku terasa hati sangat. Kenapa dia tak terus terang saja? Bagitau yang betul. Aku boleh consider kan? Aku boleh try nak faham yang mungkin dia terlalu kaya sehinggakan tak pernah jumpa pinggan melamine. Mungkin dia ingat itu pinggan kaca walaupun pada zahirnya budak kecik pun tau itu cuma pinggan melamine@plastik.
Bila balik kerja tiap-tiap hari dia jerit NISA!!!!!!!!!! Panggil tak henti-henti macam aku ni pekak. Aku dah sahut tapi dia panggil lagi. Aku nak solat pun tak senang. Dah la dah lewat. Huh, serabut alam tul la.. kena la pi mengadap ke balai rung seri tempat dia beradu. Kena tunjuk muka la, baru dia berhenti panggil-panggil. Ok, let see.. masa tu kenapa dia tak mahu bagitau aku apa dah jadi pada pinggan aku? Tak ada nampak sikit pun di riaknya macam nak bagtau. Sikit pun tidak.
Setibanya aku di bawah, masak.. dah siap nak letak dalam pinggan… bila aku dah tahu…apa dah jadi..
logic tak aku marah???? Logic tak????

Bila di ingat yang aku ni berada di dalam bulan mulia, aku diamkan saja apa yang dia buat. Sikit pun aku tak tanya dia. Cuma bila dia tahan aku, tak bagi aku buka puasa kat luar… aku nak buat pekak saja. Bukan balas dendam tapi aku risau aku akan terungkit perihal SI PINGGAN…:(

Esok aku perlu bangun awal, untuk basuh baju… iron baju… Masa owner tido adalah masa yang paling sesuai untuk aku mulakan kerja-kerja mencuci. Tak boleh buat masa dia sedar. Banyak pantang larangnya. Aku tak mau dengar pantang larang tu semua coz pantang larang tu bukanlah pantang larang orang tua-tua dahulu tapi hanya pantang larang tak logic yang baru dicipta oleh dia saat dia tengok apa aku buat. Memang serabut bila dengar. Setelah dia bangun, aku akan menjelajah ke rumah sayang. Main laptop lagi bagus. Nak main laptop kat bilik tak boleh, nanti owner bising. Katanya siang-siang orang tak tengok TV. Sorry???? This is not TV ok? Plz la!!
So dari aku kena bebel dari pagi hingga petang, lebih baiklah aku pergi ke umah sayang. Selamat… tak ada siapa pun nak membebel. Huh, lega~~~~<3 tenang buat seketika.
Hairan bertambah pelik~~~
Kenapa dia try kongkong hidup aku? Apa yang dia nak sebenarnya? Tak bagi aku berbuka dan family boyfriend, tak kasi keluar dengan boyfriend.. ok2, aku boleh try faham maybe tak bagus selalu pergi sana. Tapi apakah motif tak bagi aku balik rumah parent aku sendiri.. kenapa? Mengapa? Pasal apa? Awat?..... bagitau sebab boleh tak?
Aku mengadu pada mak. Mak cakap, dia cemburukan aku. Aku ada keluarga, ada pula keluarga lain untuk aku tumpang kasih sayang coz family jauh. Jadi dia cemburukan aku. Ye ke mak???? Macam tak percaya je. Mak cakap dia nak aku jadi milik dia saja. Kalau boleh nak aku teman dia sepanjang waktu.. adakah itu mungkin????? Ohhhhhhh……..tidak mungkin la.. saya bukan cucu anda, saya hanya menyewa bilik sahaja. Saya tak mahu ada hubungan jiwa dengan anda. Saya tak mahu belajar menyayangi anda. Maafkan saya.. saya tak boleh..
Aku juga ada seorang nenek yang jauh lagi tu dari dia, nenek aku mungkin tak dapat lagi hidup lama. Aku akan sedih jika kehilangan dia. Maka, aku atak mahu ada nenek lain yang gantikan tempat nenek aku. Aku tak mahu sedih kali-2 jika dia dah tiada. Pertalian jiwa hanya milik keluarga dan mereka yang bakal jadi keluarga saja. Full stop~~~tanpa talian hayat.

0 comments: