BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, September 19, 2010

Jika itu takdirnya


Sudah agak lama tak tulis blog. Sibuk la katakan. (sibuk la sgt kan???)
Sebenarnya bukan la sibuk sgt tp tak ada masa sgt2! Banyak kerja lain yg lebih perlukan perhatian dan byk lg org lain yg memerlukan perhatian dariku… hehehe..
Beberapa hari lagi kwn2 co$ lain dah nk habis prktikal. Aku je lg 2bulan lebih. Ni yg boleh bikin jeles ni. Nanti tgk plak diaorg upload pic or post statement yg menggembirakan ttg dah bis praktikal, tu lg bikin hot la! :( Tapi tak mengapa. Sabar jela coz if awal bis pon dok umah tak de apa gak nk wat. Lg bosan rasanya. So, tak pela.. Keje pon keje la. Dapat gak alaun dari tak dpt pe2.

Dalam dok pikir2 bila nak bis praktikal, dok hitung hari bila nak konvo… terpikir pasal keje. Apa aku nak buat pasni?? Nak keje apa? Apa la yg sesuai dgn aku ni? Ish!! Risau plak.. Nak sambung belajar lg tak? emmmmm….. Susah juga if belajar tinggi2 ni. GAYAT!!!! hahahaha~~~~

Dalam tengok muka gumbire n cute ni..heheh.. Sape sangka terlindung byk kerisauan ni. Macam2 yg aku risaukan. Nak keje apa??? Tu yg paling dirisaukan. Aku risau kang tanam anggur je. Tak mau la tanam anggur. Kalau cantik takpe. Ni dah ler tak cantik, tanam anggur plak.. adui.. kes berat ni. Kalau nak kawen pon sape la yg nak??? kuang3.. :P

Orang kata belajar la, nanti ada dip, degree dll buleh dpt keje lok2. Tapi kang dah de sume kelulusan lain plak alasannyer. Ada tempat yg aku dah apply keje, dia ckp SAYA CUMA NAK KELULUSAN DIPLOMA SAJA, U NI DEGREE.. SY TAK MAMPU NK GAJIKAN ORG DEGREE. DEMAND LEBEY.. LAGIPON U NI TAK DE PENGALAMAN. Wooooooo!!!!! berbunga2 telinga mendengarnyer… Suke suki je dia ckp mcm tu. Dah mcm tu mcm mana nk de pengalaman if korang tak kasi peluang nk ada pengalaman??? Then u nk diploma but I de degree so salah sape? Salah I ke? Problem2…

Dalam beberapa bulan ni, aku dah terkena tempias org kawen plak. Ada je org yg tanya, “BILA NAK KAWEN? AGAK2 BILA DPT MKN NASI MINYAK? BILA LAGI, DAH LAMA KAWAN?” Huh!! takde soalan lain ke? Tanya la bila konvo? pasni nak keje apa? Ini tak! Asik tanya kawen je. Tak de keje ke? Kalau nk kawen, esok pon boleh tp tak berkualiti la perkahwinan tu. Yela duit habis utk kawen je. Pastu pakat2 laki bini sama2 kais2. :P

Bukanlah tak mau kawen. Bukan juga mengelak dari ditanya soal kawen tapi bg aku timing tu tak sesuai. Berilah peluang utk aku merasa gaji pertama. Berilah masa pada aku utk enjoy puas2 sebelum aku terikat. Berilah aku waktu utk diri aku. Plz…

Perancaganku: Aku nak kawen tp nak pastikan juga lepas kawen duit still byk. Boleh g jln2 utk pekenalkan pasangan pd saudara mara. Buleh g nk g Honeymooon ke? heheh.. Buleh g bli brg keperluan rumah dan untuk survive dgn pasangan tu. Aku nak pastikan yg aku dgn pasanganku tak pemimjam org bila dah kawen. Dan pastinya tak boleh juga pinjamkan pada org. EEEwaaaah!!!!~~~~
aku pon nak kehidupan yg stabil. Tak perlu mewah tapi cukuplah sekadar jgn hidup susah. Aku takut merempat, aku tak mau susah, tak mau meminjam lagi. Cukup la MARA yg akan menjadi beban pada aku nanti. Jangan ada lagi pinjaman selepas ni. cukuplah!!!!!

Lepas je habis praktikal, keje… Aku akan rombak balik cara penggunaan duit aku. Aku akan pantau semua duit keluar dan masuk. Hopefully yg masuk tu lg byk dari yg keluar la.. HOPEFULLY!! Risau bila dipikir2 pasal hutang mara yg byk tu. If aku nak kasi habis cepat pinjaman tu, terpaksalah aku byr byk tiap2 bulan. Tapi risau nanti nak byr benda lain plak tak cukup. If byr sikit2 je tiap2 bulan.. Pakai kena tanggung utang mara sampai tua la. Silap2, anak aku masuk U.. utang aku still tak bis lagi. Ada kemungkinan besar tu. :( Jika itu takdirnya… alahai…

Bila tgk muka mak abah… Berkobar2 jiwa nak berbakti pada mereka. Apa yg aku harapkan supaya umorku pjg. Buleh balas jasa mereka yg melahirkan, membesarkan, memberi mkn, pakai, didik, marah, kena rotan, kena kurung dlm toilet….. dll. Berilah aku peluang utk bls jasa mereka yg didik aku sampai aku jadi ORANG! AMIN……tanpa mereka siapalah aku.

Untuk sayang… Terima kasih juga. Kau pon dah didik aku tentang apa itu kasih, sayang, cinta dan dicintai. Selain mak, abah, adik… aku syg kamo So much! Semoga hubungan kita kekal sampai bila2. Semoga kita akan bersatu 1 hari nanti jika diizinkan Tuhan. AMIN>>

Monday, September 6, 2010

Hari Ini~~~~~menanti petang...

Tadi rehat kuar jln2 so Nampak org jual kuih raya. Nampak best n sedap. Sabar2! Pose2!!! hehehehe.. Ada makcik tu plak jual kuih tradisional. Aku minat batang buruk dia. Ori punya, bukan ciplak yg pkai kacang tanah wat isi dlm die. Tp pkai kacang ijau. Mesti sedap. Terliur…. ~~~kurang pahala posa tadi. :)
Ptg ni plak buka posa kt luar. Nak g amek kuih raya yg tempah hari tu. “Cheese tart” yummy yummy… rasa2nya tak sempat raya. Mmg tak jamu org la. Mkn sendiri je. Hehehe.
Nak buka posa kt mana ye. Mana cik abg nk bawa ek? G shopping dulu pastu buka posa, then sambung shopping g, amek kuih raya, pastu baru balik. :D

eeemmmm…. Best2!!

Lusa dah nak blk umah dah. Raya ke2 baru la boleh jumpa syg. Alolo.. Tak dapat beraya sama2 hari pertama. Huh!! Bila nak dapat beraya sama2 ni?? Tungggguuuuuu…..
Now, ada kat ni. Keje kat sini,praktikal kat sini,so?? Best sgt. Tak usah pikir2 nk jumpa. Sah2 dia ada kt sebelah umah je. Makan sama, tgk tv sama. Sume sama2. ~~~~<3
Actually, tak de benda nk cite.. Juz gatal tgn konon mcm byk nk cite. Hati sebenarnya dah ade kt parking ni. tak sabo nk blk dh ni. Bosan sgt tuhan saja yg tau. Tak larat dah nak duduk je. Macam mana nk pegang jawatan exec if duduk pon xmau. Nk berdiri kang kena keje kilang plak. Huiiii….jgn. sia2 belajar tinggi2 semata2 nk keje kilang je. Nis2, jgn wat pasal.
Jap je lag ink balik. Nis2, plz jgn tgk jam. lagi ko tgk jam lagi r ko rasa lmbt. Now relax je…. Santai.. :)
aku tak tahu mcm mana keadaan aku bila aku dh kerja nanti. Keje apa yg sesuai utk aku? aku takmau keje tgh pns. Naka de econ, sejuk tp tak mau gak keje yg kena duduk je. Bosan. Kang org mati tua, de penyakit.. Aku mati bosan. Cipta sejarah plak…
alamak!
Tertengok gak jam.
Huh!! Apa daaaa…… ~~~~~ hahahaha..

Wednesday, September 1, 2010

today~~~~~

Wah, today mmg lmbt btl masa berlalu. baru jam 11.56 pg je. Semalam rasa jap je, pusing tgk jam dah pon jam1. Asal lambat sgt today? Jam ni rosak ke? Bateri abis ke? Waaaaa…. Boring!!
Today lak, sume org bz je. tak happening lnsung r. Myb diorang kena biskan keje sebelum leh dpt cuti kot? Myb jela. :) Tgk aku, relax je.. hehehe…
Bila tak de keje mula la piker, kang bis praktikal ni nak keje apa ek? Byk kolej aku dah apply nk jd “tutor”. Wah2, layak ke? :) Layak kot? apa???? Tak cukup garang ke aku nak jadi tutor? Hopefully pas je bis praktikal, dpt la keje sambilan. Tak mau la dok rumah. Kang kena pos balik kampong jaga nenek plak. Bukan tak mau jaga tapi penat la. Aku plak kurang sabar. Time nak meletop, suke suki je aku marah orang. Tak kisah la sape. Sape kena, nasib la~~~~~ ^^
Apa kerja nak buat ek? Emmmm…mati akal mcm ni. Keje sebenarnya byk, cuma nak or xnak je. If nak, apa pon boleh. If mmg xnak, keje dtg bgolek pon tolak. Aku? Mcm mana pon kena la kerja. Dah 20thn^^^ dah pon. Segan la nak beli pe2 pon nak minta mak. Patot umor mcm ni aku plak yg bg mak duit kan?
Pas je konvo, paling penting minta2 cepat dpt keje. Keje apa pon tak pe. Coz zaman sekarang bukan mudah nak dpt kerja so tak dpt la memilih sgt. Bila piker xkeje, xde duit… wah… takut plak. Tangan yg dh biasa meminta2, bila nak kerja mesti liat sikit. Tapi akan aku gagahkan juga. Sampai bila nak minta je, dah tiba waktu member plak. :)