BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, September 19, 2010

Jika itu takdirnya


Sudah agak lama tak tulis blog. Sibuk la katakan. (sibuk la sgt kan???)
Sebenarnya bukan la sibuk sgt tp tak ada masa sgt2! Banyak kerja lain yg lebih perlukan perhatian dan byk lg org lain yg memerlukan perhatian dariku… hehehe..
Beberapa hari lagi kwn2 co$ lain dah nk habis prktikal. Aku je lg 2bulan lebih. Ni yg boleh bikin jeles ni. Nanti tgk plak diaorg upload pic or post statement yg menggembirakan ttg dah bis praktikal, tu lg bikin hot la! :( Tapi tak mengapa. Sabar jela coz if awal bis pon dok umah tak de apa gak nk wat. Lg bosan rasanya. So, tak pela.. Keje pon keje la. Dapat gak alaun dari tak dpt pe2.

Dalam dok pikir2 bila nak bis praktikal, dok hitung hari bila nak konvo… terpikir pasal keje. Apa aku nak buat pasni?? Nak keje apa? Apa la yg sesuai dgn aku ni? Ish!! Risau plak.. Nak sambung belajar lg tak? emmmmm….. Susah juga if belajar tinggi2 ni. GAYAT!!!! hahahaha~~~~

Dalam tengok muka gumbire n cute ni..heheh.. Sape sangka terlindung byk kerisauan ni. Macam2 yg aku risaukan. Nak keje apa??? Tu yg paling dirisaukan. Aku risau kang tanam anggur je. Tak mau la tanam anggur. Kalau cantik takpe. Ni dah ler tak cantik, tanam anggur plak.. adui.. kes berat ni. Kalau nak kawen pon sape la yg nak??? kuang3.. :P

Orang kata belajar la, nanti ada dip, degree dll buleh dpt keje lok2. Tapi kang dah de sume kelulusan lain plak alasannyer. Ada tempat yg aku dah apply keje, dia ckp SAYA CUMA NAK KELULUSAN DIPLOMA SAJA, U NI DEGREE.. SY TAK MAMPU NK GAJIKAN ORG DEGREE. DEMAND LEBEY.. LAGIPON U NI TAK DE PENGALAMAN. Wooooooo!!!!! berbunga2 telinga mendengarnyer… Suke suki je dia ckp mcm tu. Dah mcm tu mcm mana nk de pengalaman if korang tak kasi peluang nk ada pengalaman??? Then u nk diploma but I de degree so salah sape? Salah I ke? Problem2…

Dalam beberapa bulan ni, aku dah terkena tempias org kawen plak. Ada je org yg tanya, “BILA NAK KAWEN? AGAK2 BILA DPT MKN NASI MINYAK? BILA LAGI, DAH LAMA KAWAN?” Huh!! takde soalan lain ke? Tanya la bila konvo? pasni nak keje apa? Ini tak! Asik tanya kawen je. Tak de keje ke? Kalau nk kawen, esok pon boleh tp tak berkualiti la perkahwinan tu. Yela duit habis utk kawen je. Pastu pakat2 laki bini sama2 kais2. :P

Bukanlah tak mau kawen. Bukan juga mengelak dari ditanya soal kawen tapi bg aku timing tu tak sesuai. Berilah peluang utk aku merasa gaji pertama. Berilah masa pada aku utk enjoy puas2 sebelum aku terikat. Berilah aku waktu utk diri aku. Plz…

Perancaganku: Aku nak kawen tp nak pastikan juga lepas kawen duit still byk. Boleh g jln2 utk pekenalkan pasangan pd saudara mara. Buleh g nk g Honeymooon ke? heheh.. Buleh g bli brg keperluan rumah dan untuk survive dgn pasangan tu. Aku nak pastikan yg aku dgn pasanganku tak pemimjam org bila dah kawen. Dan pastinya tak boleh juga pinjamkan pada org. EEEwaaaah!!!!~~~~
aku pon nak kehidupan yg stabil. Tak perlu mewah tapi cukuplah sekadar jgn hidup susah. Aku takut merempat, aku tak mau susah, tak mau meminjam lagi. Cukup la MARA yg akan menjadi beban pada aku nanti. Jangan ada lagi pinjaman selepas ni. cukuplah!!!!!

Lepas je habis praktikal, keje… Aku akan rombak balik cara penggunaan duit aku. Aku akan pantau semua duit keluar dan masuk. Hopefully yg masuk tu lg byk dari yg keluar la.. HOPEFULLY!! Risau bila dipikir2 pasal hutang mara yg byk tu. If aku nak kasi habis cepat pinjaman tu, terpaksalah aku byr byk tiap2 bulan. Tapi risau nanti nak byr benda lain plak tak cukup. If byr sikit2 je tiap2 bulan.. Pakai kena tanggung utang mara sampai tua la. Silap2, anak aku masuk U.. utang aku still tak bis lagi. Ada kemungkinan besar tu. :( Jika itu takdirnya… alahai…

Bila tgk muka mak abah… Berkobar2 jiwa nak berbakti pada mereka. Apa yg aku harapkan supaya umorku pjg. Buleh balas jasa mereka yg melahirkan, membesarkan, memberi mkn, pakai, didik, marah, kena rotan, kena kurung dlm toilet….. dll. Berilah aku peluang utk bls jasa mereka yg didik aku sampai aku jadi ORANG! AMIN……tanpa mereka siapalah aku.

Untuk sayang… Terima kasih juga. Kau pon dah didik aku tentang apa itu kasih, sayang, cinta dan dicintai. Selain mak, abah, adik… aku syg kamo So much! Semoga hubungan kita kekal sampai bila2. Semoga kita akan bersatu 1 hari nanti jika diizinkan Tuhan. AMIN>>

0 comments: