BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, June 30, 2010

Cerita perihal semalam bersambung ke hari ini.

Nowadays, kat ofis ni bz skit. Byk sgt problemnya. Server down la, pc byk rosak, n mcm2 lg perkara. Ada la sorang executive ni(man). For your info meja kat ofis ni berkembar. Meja sebelah aku kosong. Cuma aku saja di sini.


Nak jadikan cerita, dia ni set up 1 PC n printer kat meja sebelah aku. Kononnya nak jadikan meja tu tempat set up n print la. Tp yg x syok, dia asik himpit kerusi aku… ayoyo… dia dah la bsr. Aku ni bsr mana je.

:( agak2 la nak undur pun… terkepit aku.
Dah la aku ni tak bercakap, tak bersuara. Dtg sini buat ke, rehat, balik.. tu jela rutin aku. So, nk ckp kat dia.. “ENCIK SAYA TERKEPIT, NAK KELUAR NI TAPI TAK BOLEH”. Memang tak tercakap. Sepatah perkataan pon susah nak keluar. Last2, aku biarkan jela diri aku terkepit. Sampai dia terperasan sendiri. Alih2 dia Cuma ckp SORRY… Teruk btl… tgk la nanti aku gemok. Aku penyek2kan org… TENGOK LA!!

Friday, June 25, 2010

Bosan..

Dah beberapa ketika praktikal.. aku tak pasti lagi apa perasaan aku ketika ini. Suka ke? Tak suka ke? Aku sendiri tak tahu. Adakah aku tak memahami perasaan sendiri? Atau aku kurang menyelami hati sendiri? Susah nak di jelaskan, susah lagi nak di luahkan.. apa yang aku tau, aku rasa tak selesa. Rasa keliru yang sentiasa menyelubungi. Apa yang dibuat serba tak kena. Ada saja yang salah. Itu salah, ini salah. Serba salah..
Patutnya aku suka la bila dapat praktikal di tempat kerajaan, walaupun bukan kerajaan sepenuhnya. Aku dijanjikan alaun yang agak lumayan dimana aku tak dapat menolak dari datang ke sini. Aku sepatutnya lagi rasa bahgia bila jabatan ni tak bagi apa-apa kerja pun untuk aku. Aku patut gembira bila semua yang ada di sini buat hal masing-masing, dan lansung tak pedulikan aku….
Tapi aku tak selesa, tak gembira dan tak tenteram. Rasa serba salah. Mereka kerja tungang terbalik tapi aku buat kerja aku je. Tak campur dengan mereka pun. Rasa tak BEST je. Macam terasa diperhatikan je. Yela, aku sorang je yang tak ada kerja. Mungkin mereka fikir… dapat alaun buta je budak ni… actually, aku yang fikir macam tu. Macam tak patut dapat alaun je kalau terus tak ada kerja sampai hujung praktikal ni.. Kalau macam ni, tak sesuai la aku kerja di jabatan kerajaan. Aku tak selesa bila duduk saja.
Tapi dari apa yang aku tengok, SEMAKIN BESAR PANGKAT SESEORANG TU, MAKIN RINGAN KERJA DIA. Yela, ashik mengarah orang bawahan saja. Rasa tak seronok pula macam tu. So orang bawah tak suka orang atas. Orang atas pula tak pandang pun orang bawah…

Bosan…..

Thursday, June 24, 2010

Haloop…

Dah 19 hari berpraktikum ni. Mean tinggal bape hari je nak habis bulan ni. Bunyi macam kejap je tp seksanya aku saja yg tau. Macam2 kena lalui, kena tempuh sampai kdg2 rasa nak GIV^^UP je. Tp nak ke, tak nak ke… kena juga tempuh. Kalau tak mau tempuh boleh konvo xpe gak. Ni tak! So, susah ke, senang ke.. kena la juga.
Sekarang aku dah merasa apa yg dikatakan “BUKAN SENANG NAK SENANG. BUKAN SUSAH NAK SUSAH”. Memang betul kata2 tu. Aduih!!


Sakit, marah, meluat, menyampah, geram, sedih semua dah tersa dalam masa yg singkat ni. Memang perit betul.. Tapi aku gagahkan juga. Selama praktikum ni, aku asik rasa penant je. Tak ingat nak makan yg sedap2 dah. Yg aku ingat cuma, bila nak dapat tido. Tah kenapa aku rasa letih sgt. Masa 9jam kerja macam 9hari. Hari Jumaat adalah hari yg aku nanti2kan. Hari Ahad pula hari yg aku benci, sebab tu menandakan bahawa esok dah kena kerja.
Esok kerja lagi! 

Monday, June 7, 2010

today life...

Hari ni mmg menguji kesabaran lg keimanan. Ade ke ptot ak g jumpa bos kecik, mereka ckp u ni silap department ni. ADUIHAI.... Len kali bgtau r awal2. ni dh msuk mingu ke-2 br nk bgtau. sok jd keje lak aku kn g ngadap diorg g. Hati sakit xpe tp kepala ni sakit sgt coz serabut pk proposal x wat g.

Saturday, June 5, 2010

Seminggu Di Pulau Mutiara

Hari pertama – Jam 7.30 dah terpacak aku di banggunan Komtar. Terus naik ke tingakat 32. Alamak, betapa byk lif la… mcm2 color. Mana 1 nak naik ni. Nasib baik ada pakcik yg baik ati nak bantu. Dia ckp lif hijau dik. Eh, dia panggil aku adik??? Bukan dia lebih kurang abah aku ke? Alah, xpela… dia dah nak tolong pon dh kira ok. Sampai je tingakt 32 tu, terus daftar. Tungu punya tunggu, petugas tu bawa aku turun ke tingakt 4 plak. Em, dalam hati dok pk mana dia nak bw aku ni. Oh… department IT rupanya. Dapat je meja, dia terus bg aku asing2kan bil2 je.

Hari kedua – Hari ni mmg hari yg boring sgt. Xde2 pe2 yg best la. So xde benda nk cerita..

Hari ketiga – Hari ni aku dah bijak. Aku dah tau apa nk buat. Time rehat aku terus g POPULAR book store. Pe lagi beli buku la. So mereka x bg keje , so aku bc la buku.

Hari keempat – Em…lagi bertambah bijak. Aku bawa kerja sendiri. Sebelum balik dari kolej aku ada dpt contoh repot dari lec. So, EDIT2 la…. Hahahahha…. Hari ni xtersa sgt boringnya coz today rehat jam 12.15 to 2.45 ptg. Paling best skali cik abg aku bg hadiah broadband. Dia ckp cian tgk aku boring. Hahahah…. Best3… mana g nak cari bakal suami mcm ni????

Bertuahnya aku…